Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

#PADU: PEDi Batas Lintang Mendapat Sambutan

By 18 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Mohd Sani Ahmad Jatin

KANGAR, 18 Jan (Malaysiaaktif) – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Batas Lintang telah membuka kaunter fizikal pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dengan kerjasama Jabatan Perangkaan (DOSM) Negeri Perlis.

Menurut Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Negeri Perlis Ramiza Ahmad, sebanyak 14 PEDi terpilih di negeri Perlis untuk menyediakan prasarana dan sehingga kini maklumat pendaftaran sistem PADU di Perlis telah mencatatkan seramai 12,249 orang dan ia merupakan satu angka yang memberangsangkan.

“SKMM menyambut baik hasrat Kementerian Ekonomi dalam mendapatkan data masyarakat dan PEDi adalah antara prasarana yang diharapkan dapat menjayakan pendaftaran sistem PADU ini.

“Saya juga menyeru semua masyarakat yang berumur 18 tahun ke atas untuk membuat pendaftaran PADU agar tiada masyarakat tercicir untuk sebarang manfaat yang akan disedia kerajaan pada masa hadapan,” katanya, di sini pagi tadi.

Ramiza berharap ketua masyarakat setempat mengajak penduduk yang masih belum membuat pendaftaran untuk berkunjung ke 14 PEDi di Perlis berhampiran.

-ZS-

Tinggalkan komen anda