Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Ketepikan Rasa Curiga, Bersama Majukan Selangor – MB

By 25 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

BATU CAVES, 25 Jan (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menyeru rakyat mengenepikan perasaan curiga dan kebencian antara satu sama lain agar pembangunan negeri dapat diteruskan.

Katanya, keamanan dan kestabilan akan tergugat jika kita tidak mencuba memahami sahabat kita dari pelbagai kaum.

“Masyarakat perlu kembali mencari titik persamaan merentasi kaum dan agama demi kemakmuran bersama.

“Kita tidak akan dapat menjadi sebuah negeri yang baik jika setiap hari membangkitkan kecurigaan dan kebencian sesama kita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada sambutan Thaipusam peringkat Negeri Selangor, di Kuil Sri Subramaniar Swamy, di sini semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor V Papparaidu dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Sementara itu, Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak menyambut baik cadangan Pengurusan Kuil Sri Subramaniar Swamy untuk membina eskalator sebagai alternatif kepada 272 anak tangga.

Amirudin, berkata eskalator berkenaan akan memberi kemudahan kepada penganut Hindu di samping mengurangkan kesesakan untuk menaiki tangga semasa sambutan Thaipusam.

“Namun aspek keselamatan tidak dikompromi sebab itu kita menunggu laporan Jawatankuasa Teknikal Kawasan Sensitif Alam Sekitar.

“Struktur asas di bahagian belakang adalah bukit batu kapur menyebabkan ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi supaya binaan tersebut selamat,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda