Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Kibaran Bendera Wilayah Persekutuan Lambang Kebersamaan Warganya

By 14 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 14 Jan (Malaysiaaktif) – Mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan mampu memupuk semangat kekitaan dan kebersamaan dalam kalangan warga Wilayah Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa menyeru seluruh warga Wilayah Persekutuan untuk bersama-sama mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan sepanjang bulan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan dengan megahnya sebagai satu lambang kemasyhuran ketiga-tiga wilayah tersebut.

“Saya menyeru kepada semua pemilik premis, sama ada bangunan kerajaan mahupun swasta serta kediaman persendirian mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan di premis masing-masing.

“Kita perlu meraikan Hari Wilayah Persekutuan dengan penuh perpaduan melalui pengibaran bendera oleh semua warga bagi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan dengan kepelbagaian kaum, budaya dan bangsa,” katanya semasa melancarkan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan 2024 di sini semalam.

Tambahnya, program kibar bendera merupakan satu program pengiktirafan yang diraikan pada setiap tahun di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan dengan ‘konsep sambutan yang sama dengan matlamat yang sama’, selain meningkatkan kecintaan dan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Wilayah Persekutuan.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda