Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Peluang Pendidikan Khas Bersinar di Peringkat Tertinggi

By 14 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hafizul Adzhari

ALOR GAJAH, 14 Jan (Malaysiaaktif) – Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah (Sektor Pembelajaran) telah menganjurkan Karnival Pendidikan Khas Peringkat Daerah Alor Gajah yang bertempat di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Rembia, di sini semalam.

Program ini bertujuan untuk mengetengahkan bakat dalam kalangan pelajar kelainan upaya dalam pelbagai bidang antaranya, masakan, sukan, seni dan banyak lagi.

Menurut Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia Fairul Nizam, mereka harus diberi perhatian lebih kerana bakat yang ada perlu digilap agar ianya dapat menyinar di peringkat yang lebih tinggi.

“Karnival Pendidikan Khas ini disertai dari peringkat rendah dan menengah dan pelbagai acara turut diadakan selain pameran dari jabatan dan agensi kerajaan dan juga swasta turut diadakan pada Karnival tersebut,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda