Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Masyarakat Diseru Suarakan Inspirasi Perancangan Pembangunan Labuan

By 14 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 14 Jan (Malaysiaaktif) – Warga Wilayah Persekutuan Labuan diseru mengambil kesempatan untuk menyuarakan hasrat serta inspirasi pembangunan pulau itu melalui Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Laporan Rancangan Struktur Labuan 2040.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa Pelan Rancangan Struktur Labuan 2040 itu merupakan laporan yang mempunyai pelbagai cadangan dasar pembangunan berkaitan perancangan fizikal, ekonomi, alam sekitar dan sosial di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Antara fokus laporan ini adalah menetapkan visi pembangunan Labuan serta gambar rajah utama yang memberi gambaran pembangunan fizikal Labuan menjelang tahun 2040.

“Saya menyeru agar warga Labuan mengambil kesempatan ini untuk menyuarakan hasrat serta inspirasi warga Labuan untuk dipertimbangkan bagi menambah baik laporan tersebut melalui saluran yang disediakan oleh Perbadanan Labuan,” katanya selepas melancarkan Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Laporan Rancangan Struktur Labuan 2040 di sini semalam.

Tambahnya, maklum balas dan cadangan dari masyarakat boleh membantu pihak kerajaan untuk memastikan keperluan pembangunan fizikal, ekonomi, alam sekitar dan sosial Wilayah Persekutuan Labuan setara dengan negeri-negeri lain.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda