Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

92 Program Kerajaan Meriahkan Labuan Tahun 2024

By 13 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 13 Jan (Malaysiaaktif) – Sebanyak 92 program bakal menghiasi kalendar acara untuk Labuan bagi tahun 2024.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa, Perdana Menteri pada lawatan kerja beliau tahun lepas telah meminta agar kementerian dan agensi kerajaan untuk mengadakan program di Labuan pada tahun 2024.

“Lanjutan daripada arahan tersebut, kami di Jabatan Wilayah Persekutuan telah menerima dan mengumpul sebanyak 92 program yang melibatkan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan sepanjang tahun ini.

“Sudah pasti kehadiran peserta ke 92 program tersebut sepanjang tahun 2024 akan memberi impak yang cukup positif kepada Labuan, bukan sahaja dengan meningkatkan sosioekonomi Labuan, malah turut memberi impak kepada ekonomi masyarakat setempat,” jelasnya semasa berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan 2024 dan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Laporan Rancangan Struktur Labuan 2040, di sini pagi tadi.

Tambahnya, selepas mengadakan perjumpaan bersama Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Labuan, Tourism Malaysia Labuan dan beberapa pemegang taruh termasuk komuniti perniagaan di Labuan, beliau mengarahkan untuk ditubuhkan satu pasukan petugas khas bagi mengenal pasti produk-produk pelancongan sekali gus dapat menarik lebih ramai pelancong ke Labuan.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda