Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

PADU Elak Keciciran

By 15 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rusmiza Anuar/Maherah Marina Mahusein (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 15 Jan (Malaysiaaktif) – Kerajaan Malaysia optimis dalam pengagihan subsidi dan penyaluran bantuan secara bersasar kepada rakyat tanpa berlakunya keciciran dengan mejadikan sistem Pengkalan Data Utama (PADU) sebagai sumber primer kerajaan.

Pembantu Perangkaan Jabatan Perangkaan (DSOM) Negeri Terengganu Wan Faridah Wan Muda, 55, memaklumkan PADU sangat penting dalam memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima bantuan dan subsidi bersasar serta perlindungan sosial melalui sistem tersebut.

“Oleh itu, warga Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas perlu membuat pengemaskinian maklumat isi rumah dan profil individu di sistem PADU.

“Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pangsapuri Rakyat Desa Keluarga Chendering, membuka kaunter kepada orang ramai untuk mengemas kini PADU secara dalam talian menerusi laman web PADU www.padu.gov.my,” katanya.

Perkhidmatan kaunter PADU di PEDi Pangsapuri Rakyat Desa Keluarga Chendering mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat dan sekitar termasuk orang kurang upaya (OKU).

“Orang ramai diingatkan juga untuk membawa maklumat dan dokumen penting seperti kad pengenalan, maklumat bank, maklumat pendidikan tertinggi, maklumat pekerjaan, maklumat pendapatan dan maklumat komitmen,” ujarnya.

Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)  Fatima Najiha Salim, 28, turut mengambil kesempatan mendaftar PADU di sini semalam.

“Kehadiran saya disambut mesra oleh petugas-petugas DSOM Terengganu bagi menjawab segala kemusykilan dan memudahkan urusan pengemaskinian PADU”, katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda