Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Jadikan TVET Sebagai Kerjaya Masa Hadapan

By 14 Januari 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Annuar Zulkernain (Alor Gajah)

MASJID TANAH, 14 Jan (Malaysiaaktif) – Pelajar di negeri Melaka diseru menjadikan TVET sebagai kerjaya untuk masa hadapan.

Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh, setelah menamatkan persekolahan, semua pelajar diseru untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang amat diperlukan industri masa kini.

“Kerajaan negeri telah membawa industri moden dan industri ini memerlukan tenaga kerja berkemahiran untuk berkembang.

“Maka para pelajar perlulah mengambil peluang kerjaya didalam bidang TVET untuk memenuhi keperluan industri,” ujarnya.

Abdul Rauf berkata demikian ketika memberi semangat dan motivasi di dalam program Pecutan Akhir SPM 2023 peringkat Parlimen Masjid Tanah kepada lebih 800 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), di sini semalam.

Menurutnya lagi, SPM merupakan titik tolak untuk memajukan diri untuk kejayaan masa hadapan.

Pelajar Alia Amira Abdul Aziz, 17, berkata program seperti ini dapat memberi semangat kepada para pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM yang telah tiba.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri Melaka di atas kesudian menyumbang tunjuk ajar serta kata-kata semangat kepada para pelajar untuk menghadapi peperiksaan dan seterusnya membuat perancangan masa hadapan,” katanya.

Pelajar turut menerima sumbangan alat tulis untuk menghadapi peperiksaan SPM daripada kerajaan negeri.

Para pelajar turut diberikan taklimat oleh institusi-institusi pengajian tinggi mengenai peluang melanjutkan pengajian selepas SPM.

Program yang berlangsung di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Paya Lebar ini turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri  Melaka Datuk Ibrahim Durum serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda