Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahBerita TimurPerak

Pasar Jalan Pasola Kembalikan Nostalgia Melayu Klasik

By 9 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mawarni Ismail (Kerian)/MDK

PARIT BUNTAR, 9 Jan (MalaysiaAktif) – Pasar Jalan Pasola yang mengetengahkan konsep Melayu klasik berjaya menghidupkan semula Pekan Lama Parit Buntar.

Lokasi yang strategik iaitu di tengah-tengah tiga negeri iaitu Perak, Pulau Pinang dan Kedah menjadikan pasar ini meriah saban minggu sejak pembukaannya pada awal Disember tahun lalu.

Penganjur Amirul Nizar Rozay, 32, bersama lima rakan lain mengambil masa hampir tiga bulan untuk meyakinkan Majlis Daerah Kerian (MDK) mengenai idea pasar jalanan berkonsepkan ‘pop-up store’ ini yang beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad bermula pukul 5 petang hingga 12 tengah malam.

“Uniknya Pasar Jalan Pasola ini adalah apabila pemilik gerai menggayakan busana Melayu klasik dan dalam masa sama turut menggalakkan pengunjung untuk berbuat demikian.

“Pengunjung turut dihiburkan dengan alunan lagu-lagu tradisional yang membangkitkan nostalgia zaman dahulu,” katanya.

Tambah Amirul, pelbagai juadah zaman pertengahan dijual di pasar ini termasuk kuih dangai, tepek pisang, putu piring, ubi kayu rebus dan kopi panas yang dimasak atas dapur arang.

“Kadar sewaan tapak adalah bergantung kepada keluasan saiz tapak bermula dengan harga RM60 hingga RM150 sehari,” ujarnya.

Sebarang maklumat lanjut berkenaan pasar ini dikongsikan di akaun TikTok rasmi @jalanpasola termasuk hari operasi yang dikatakan mempunyai perubahan bermula Januari ini.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda