Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

PEDi Pemudah Cara Daftar PADU

By 9 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mazlin Basir/Sufyan Othman

BATU PAHAT, 9 Jan (Malaysiaaktif) – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) kini menjadi premis pemudah cara pendaftaran PADU yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari lalu.

Pangkalan Data Utama atau PADU bertujuan mengumpul maklumat isi rumah bagi membantu kerajaan dalam pengagihan subsidi dan bantuan secara bersasar.

PEDi Parit Othman, Parit Sulong, di sini menjadi salah satu pusat untuk mendaftar PADU selain lima PEDi dalam Daerah Batu Pahat.

Pengurus PEDi tersebut Sufyan Othman, 30, berkata sejak dilancarkan seramai 17 orang telah mendaftar di premis tersebut.

“Sambutan masyarakat setempat amat baik kerana sejak 7 Januari yang lalu masyarakat setempat hadir ke PEDi ini untuk mengisi data isi rumah.

“Bagi mereka yang kurang mahir menggunakan alat komputer, petugas PEDi akan membantu mengisi maklumat ke dalam system PADU,” katanya semalam.

Sufyan mengajak warga komuniti berhampiran untuk mendaftar PADU di PEDi berhampiran untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

“Masyarakat setempat juga boleh menggunakan perkhidmatan PEDi untuk mencetak gambar, mengisi permohonan dalam talian seperti Sumbangan Tunai Rakyat serta borang Jabatan Kebajikan Masyarakat serta perkhidmatan membaiki komputer turut disediakan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda