Skip to main content
MA

Pelarasan Tarif Air Tidak Akan Bebankan Rakyat

By 20 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Azfa Saffie

KUALA SELANGOR, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Rakyat terus diutamakan walaupun negara bakal berhadapan dengan kenaikan tarif air bermula Februari depan.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata, satu perbincangan telah diadakan bersama semua Menteri Besar dan Ketua Menteri dalam mencapai kata sepakat untuk terus membantu rakyat.

“Kerajaan sedang mengemaskini data secara komprehensif yang melibatkan rakyat Malaysia yang kita kenali sebagai Pangkalan Data Utama (PADU)”.

“Melalui sistem ini kita dapat mengesan rakyat yang betul-betul memerlukan bantuan dari segi sokongan subsidi dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu media melaporkan tarif baharu air bagi kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan membabitkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu akan berkuat kuasa bermula 1 Februari ini.

Shamsul ditemui di Majlis Jalinan Mesra Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Permatang di The Blanket Resort, Kuala Selangor semalam.

Hadir sama, Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohd Raiz Radzuan.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda