Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Kempen ‘Kesedaran Pakai Topi Keledar Selamat’

By 20 Januari 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perlis telah menganjurkan Kempen “Kesedaran Pakai Topi Keledar Selamat” bersempena Program Outreach JPJ bersama Komuniti Nelayan Kuala Perlis yang berlangsung di Pejabat Persatuan Nelayan Kuala Perlis hari ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata program ini bertujuan untuk menukarkan topi keledar yang tidak ikut piawaian atau lusuh kepada topi keledar yang mengikut piawaian dan lebih selamat di gunakan oleh pengguna ketika menunggang motosikal.

Antara objektif lain kempen ini adalah memberi kesedaran kepada setiap penunggang dan pembonceng motosikal dalam pemilihan topi keledar yang lebih selamat.

Lebih dari 30 orang komuniti nelayan yang berada di sekitar Kuala Perlis menerima topi keledar baharu yang mengikut piawaian yang telah di tetapkan oleh kerajaan.

“Pada hari ini kita mengadakan beberapa aktiviti seperti demonstrasi ketahanan helmet yang mendapat mengiftirafan SIRIM berbanding yang tidak mendapat kelulusan SIRIM dan pertukaran helmet yang lama kepada yang baru serta ‘pocket talk’ berkaitan Kesedaran Memakai Topi Keledar Dengan Selamat dan yang terakhir, kita adakan advokasi bersama Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat JPJ Negeri Perlis,” jelasnya.

Tambah Fatimah lagi, inisiatif ini merupakan usaha kerajaan untuk meningkatkan advokasi keselamatan jalan raya dengan mewajibkan penggunaan topi keledar yang mengikuti tahap piawaian daripada SIRIM.

“Pada masa yang sama ia diharapkan dapat mengurangkan kecederaan yang teruk terhadap penungang dan pembonceng motosikal jika terlibat dalam kemalangan dan menjadikan topi keledar sebagai antara pemakaian yang wajib kepada penunggang dan pembonceng motosikal,” katanya.

Bagi Azmi Yahya, 56, dari Kampung Kuala Perlis, beliau menyambut baik program ini kerana selama ini beliau menggunakan topi keledar yang tidak mempunyai aspek keselamatan yang baik.

Untuk makluman, pada tahun 2023 JPJ Perlis telah mengeluarkan sebanyak 75 notis saman atas kesalahan tidak memakai topi keledar.

Kompaun yang akan dikenakan jika melakukan kesalahan tersebut adalah sebanyak Rm300 kerana ia adalah salah satu kesalahan utama.

-ZS-

Tinggalkan komen anda