Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Sukarelawan TFF Bantu Kelancaran Sambutan Thaipusam

By 18 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: A.Prabagaran Assaithampi (Petaling)

PETALING JAYA, 18 Jan (Malaysiaaktif) – Badan Bertindak Thaipusam (TTF) merupakan gabungan badan-badan bukan kerajaan yang membuat kerja-kerja amal semasa perayaan Thaipusam.

Penasihat TTF Gunaraj George berkata pihaknya sedang melakukan persiapan agar sambutan tahun ini berjalan dengan teratur.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, berkata objektif utama TTF supaya perayaan Thaipusam dapat diadakan dalam suasana aman dan dedikasi.

“Keselamatan pengunjung termasuk kebersihan sekitar kuil perlu dijaga,” katanya semasa sidang media di Wisma Malaysia Hindu Sangam, di sini semalam.

Menurutnya, sukarelawaan TTF akan menyediakan tong sampah di semua kawasan panas.

“Penganut yang hadir perlu membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.

“Ia membantu mengurangkan beban tenaga pembersih serta kawasan sekitar akan kelihatan bersih,” jelasnya.

Beliau turut menasihatkan penganut-penganut perlu mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda