Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Warga Baling Penuhi Kehendak Kerajaan dalam Pengisian Maklumat PADU

By 31 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Firdaus Mahmud (Baling)

BALING, 31 Jan (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Baling hari ini diserbu pengunjung bersempena Program Hari Bertemu Pelanggan yang memfokuskan pengisian maklumat dalam Sistem Pangkalan Data Utama Negara (PADU) serta pembukaan kaunter fizikal oleh agensi lain yang turut berkolaborasi bersama dalam program ini.

Pegawai Penerangan Daerah Baling Amran Mohamad Kamis, program berjaya dilaksanakan dengan kerjasama dari Jabatan Perangkaan khusus untuk pengisian maklumat PADU.

“Pihak Pejabat Penerangan Daerah Baling menjangkakan hanya 50 pengunjung yang hadir namun suasana berubah apabila lebih 125 orang hadir bagi mengisi maklumat PADU dan lebih 100 lagi hadir bagi urusan kaunter agensi lain,” ujarnya.

Menurut Pegawai Penyelaras PADU Daerah Baling Mohd Rizal Said, pengisian maklumat PADU hari ini menunjukkan bahawa rakyat menyokong usaha kerajaan dalam memastikan sistem PADU ini menjadi sistem pangkalan data yang utama dalam negara.

“Sambutan juga diluar jangkaan dan diharapkan orang ramai akan terus mengisi maklumat melalui sistem PADU ini,” katanya.

Seorang pengunjung Khuzaimah Ishak, 56, berkata beliau hadir sejak awal pagi menunggu giliran demi memenuhi kehendak kerajaan supaya setiap golongan rakyat mendaftarkan maklumat melalui sistem PADU demi kepentingan pada masa hadapan.

Turut membuka kaunter fizikal dalam Hari Bertemu Pelanggan ini adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)  serta Bank Simpanan Nasional yang menawarkan pelbagai urusan berkaitan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda