Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerakVideo

Lukisan Mural Daya Tarikan Pelancongan Gerik

By 31 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Muhammad Amizan Lokman/Senaying Ahud (Hulu Perak)
GERIK, 23 Jan (MalaysiaAktif) – Majlis Daerah Gerik (MDG) menjayakan ruang dinding sekitar 200 meter dengan lukisan mural sempena Tahun Melawat Perak 2024.
Mural tersebut dilukis di sepanjang dinding yang terletak di pekan ini bagi tujuan mempromosikan Gerik sebagai destinasi wajib dikunjungi oleh pelancong dari seluruh negeri.
Menurut Setiausaha MDG Ahmad Fazril Ramli, lukisan mural ini akan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi membangunkan kawasan sekitar.
“Mural ini menggambarkan tempat-tempat menarik yang ada di Gerik. Orang ramai boleh datang untuk bergambar dan menghayati lukisan ini yang pastinya mempunyai makna dan kisah yang tersendiri,” ujarnya.
-ZS-
Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda