Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Zoo Negara Terima Peruntukan RM10 Juta – PM

By 28 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

HULU KELANG, 28 Jan (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan berjumlah RM5 juta untuk pembangunan Zoo Negara.

Katanya, jumlah tersebut adalah tambahan dana terkumpul menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh syarikat korporat berjumlah RM5 juta.

“Jumlah RM10 juta ini kita akan kawal melalui wakil dari Menteri Besar Selangor yang akan  bekerjasama dengan jawatankuasa Zoo Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Sambutan Jubli Intan Zoo Negara di Dataran Datuk Ismail Hutson, di sini semalam.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Dalam perkembangan sama, Anwar mencadangkan agar diwujudkan ruang Sudut Madani supaya ada suatu yang istimewa.

“Saya harap dapat satu sudut yang indah dan khusus untuk mengangkat martabat Zoo Negara menerusi sudut khas Madani,” jelasnya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda