Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Telco Diarah Tambah Baik Perkhidmatan di Melaka

By 28 Januari 2024Januari 30th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/Fariza Farnoh

BANDAR HILIR, 28 Jan (Malaysiaaktif) – Seiring dengan inisiatif Kerajaan Negeri Melaka yang giat dalam penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024, syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) diarah menambah baik perkhidmatan mereka.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menjalankan Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular (Panggilan Suara) bagi menilai isu panggilan terputus rangkaian mudah alih di Melaka pada Jumaat.

Menurut Fahmi, ujian dilakukan di Melaka River Cruise, sebuah lokasi yang sinonim sebagai tarikan pelancong melibatkan CelcomDigi, Maxis, Unifi Mobile (TM), YES (YTL) dan U Mobile serta oleh pihak media.

“Sepanjang ujian dilakukan dari Jeti Hotel Casa Del Rio ke Taman Pengkalan Rama dan kembali ke Hotel Jati Casa Del Rio sebanyak lima panggilan terputus telah direkodkan.

“Justeru pihak berkaitan diminta untuk mengambil tindakan segara dan melaporkan kerja-kerja penambahbaikan,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda