Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kaunter eKasih Terima 1,000 Pengunjung

By 28 Januari 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Norhayati Shamsu Anuar

GUA MUSANG, 28 Jan (Malaysiaaktif) – Program Jelajah eKasih @Galas anjuran pejabat Pembangunan Negeri Kelantan, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), di sini semalam telah mendapat sambutan meriah dalam kalangan masyarakat apabila diserbu lebih 1,000 orang pengunjung.

Program yang berlangsung selama 2 hari di Padang Dewan Sivik, Gua Musang ini bertujuan memberi manfaat kepada masyarakat untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat mereka di dalam sistem eKasih.

Menurut Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan, Tuan Haji Jasri Kasim, 54, program ini bertujuan untuk menghimpunkan pelbagai jenis perkhidmatan dari Kementerian dan agensi kerajaan untuk menyantuni keperluan keluarga miskin dan miskin tegar eKasih.

“Kami ingin memastikan dengan pembukaan kaunter eKasih tiada lagi masyarakat yang tercicir daripada mendapat bantuan yang dari kerajaan”, katanya di sini.

“Selain itu, jabatan dan agensi yang hadir turut menawarkan khidmat bantuan bagi membolehkan mereka terkeluar dari kelompok garis miskin tegar,” katanya.

Antara aktiviti yang diadakan adalah kaunter pameran, Jualan Rahmah oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan perkhidmatan menukar minyak hitam secara percuma oleh Giat MARA serta pemeriksaan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah.

Menurut Siti Zubaidah Mohd Zain, 36, usahawan eKasih di program ini mampu mewujudkan hubungan baik antara jabatan dan masyarakat dalam memastikan maklumat dapat disalurkan dengan secara terus.

“Saya berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh jabatan dan agensi terutama bantuan kepada usahawan seperti saya,” katanya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd Syahbuddin Hashim, dan ketua-ketua jabatan persekutuan serta daerah di Gua Musang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda