Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

121 Kanak-kanak Lelaki ‘Masuk Jawi’

By 20 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek (Alor Gajah)

REMBIA, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 121 orang kanak-kanak lelaki berumur tujuh hingga 12 tahun menyertai Program Khatan Perdana Peringkat DUN Rembia yang telah diadakan di Klinik Kesihatan Rembia, di sini Ahad lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka merangkap Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia Fairul Nizam Roslan, berkata ini merupakan detik bersejarah yang pasti akan diingati setiap peserta apabila menyertai program berkhatan secara beramai-ramai.

“Alhamdulillah program yang dianjurkan hari ini mendapat sambutan yang meriah daripada penduduk DUN Rembia setelah tahun tahun program seperti ini tidak dilaksanakan dalam DUN Rembia dan saya ingin membawa anak mereka berkhatan boleh segera ke klinik ini dalam tempoh tiga hari,” katanya.

Program tersebut menyaksikan peserta berkhatan diarak sambil diiringi paluan kompang dan dimandikan dengan siraman air daripada trak bomba.

-ZS-

Tinggalkan komen anda