Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

150 Pelajar di Segambut Dapat Manfaat Program ‘Back to School’

By 25 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhaimin Musa (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Malaysiaaktif) – 150 orang pelajar dari tiga buah sekolah di Parlimen Segambut telah menerima sumbangan Program Back to School anjuran Malaysian Football League (MFL) dengan kerjasama AEON BiG Malaysia bertempat di AEON BiG Kepong, di sini semalam.

Setiap penama menerima bantuan sebanyak RM200 dalam bentuk baucer pembelian yang memperuntukkan jumlah keseluruhan sebanyak RM30,000 selain tambahan pemberian diskaun 400 barangan terpilih termasuk kelengkapan sukan oleh pasar raya tersebut.

Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen, Hannah Yeoh dalam ucapan beliau menyatakan program sebegini merupakan faktor pendorong kepada para pelajar untuk menimba ilmu disamping melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti sukan.

“Dalam masa yang sama, ianya juga dapat membantu meringankan beban keluarga yang tidak berkemampuan,” ujar Hannah.

Sementara itu, Nisa, 39, salah sebuah keluarga penerima sumbangan menyatakan rasa kesyukuran dan berterima kasih kepada pihak penganjur yang mengambil inisiatif mengadakan program sebegini.

“Sedikit sebanyak ianya telah menampung serba sedikit kos perbelanjaan keluarga kami,” katanya.

Turut hadir Pengarah Urusan AEON BiG Malaysia Sheikh Farouk Sheikh Mohamed dan Presiden MFL Datuk Ab Ghani Hassan.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda