Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Bangie Anak Embol Dinobatkan Sebagai Tokoh Kraf Negara 2024

By 25 Februari 2024Februari 26th, 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ahmad Idham Abd Hamid/Azri Zainal Abidin (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 25 Feb (MalaysiaAktif) – Pengusaha Kraf Tekstil Tenunan Pua, Bangie Anak Embol telah dinobatkan sebagai Tokoh Kraf Negara bagi tahun 2024 dan anugerah tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Perasmian Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2024 bertempat Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay, di sini semalam.

“Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan tertinggi diberikan oleh Kerajaan Malaysia melalui kelulusan Jemaah Menteri pada tahun 1996,” ujar beliau.

Tambah Anwar, anugerah ini telah lebih 28 tahun diperkenalkan bertujuan untuk memberi galakkan dan semangat kepada pengusaha kraf kemahiran tinggi supaya lebih kreatif, inovatif dan produktif agar dapat mempertahankan seni kraf tempatan di samping dapat menyumbang kepada perkembangan sosioekonomi negara.

Penganjuran kali ke-21 HKK 2024 melibatkan penyertaan seramai 640 orang usahawan kraf dari bidang kraf tekstil, hasil logam, hasil rimba, hasil tanah dan aneka kraf yang berlangsung bermula dari 21 Februari hingga 4 Mac depan bagi mempromosikan hasil seni dan kraftangan Malaysia.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda