Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Deklamasi Puisi di Jambatan Guillemard Suntik Semangat Pemuisi

By 15 Februari 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh

TANAH MERAH, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah yang mewakili negeri Kelantan dalam Pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Peringkat Pusat PDRM Bersama Dewan Bahasa dan Pustaka, Koperal Kamanoorul Aslida Johan, 33, giat membuat persediaan bersempena pertandingan yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 18 Februari ini.

“Saya berharap latihan yang dilaksanakan ini mampu membuahkan hasil dan saya mengimpikan untuk menjadi juara pada tahun ini.

“Intipati puisi ini juga diharap mampu menyuntik semangat kepada semua anggota polis untuk terus berjuang dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya selepas mendeklamasi puisi ‘Perjuangan Sahabatku’ di Jambatan Guillemard, Kampung Kusial, di sini kelmarin.

Selain sebagai persediaan, deklamasi puisi ini turut dilaksanakan sebagai salah satu keperluan syarat pertandingan iaitu menghasilkan video pendek yang perlu dihantar ke Bukit Aman, Kuala Lumpur bagi dinilai dan diadili oleh panel juri.

Menurut rakan setugas, Lans Koperal Fazli Dardiri, 40, beliau sentiasa memberi galakan dan sokongan penuh kepada rakannya supaya berjaya merangkul kejuaraan peringkat kebangsaan dan membawa balik Piala Kejuaraan Deklamasi Puisi  ke negeri Cik Siti Wan Kembang.

Sementera itu, Pegawai Penerangan Daerah Tanah Merah Mohd Sanusi Ariffin, berkata Jabatan Penerangan bersedia membantu dan memberi khidmat tunjuk ajar kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk berlatih mendeklamasi puisi atau membaca sajak.

“Inisiatif ini dilaksanakan sebagai satu usaha untuk membantu penyampaian mesej yang berkesan melalui bacaan puisi yang baik.

-ZS-

Tinggalkan komen anda