Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Mangsa Banjir Bersyukur Terima Bantuan

By 15 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ashikin Mustafa/Al-Tarmizi Azmi

KOTA TINGGI, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Bersyukur, itulah ungkapan penerima bantuan mangsa banjir yang menerima bantuan di Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Monsun Timur Laut (MTL) bagi kawasan Mukim Ulu Sungai Johor.

“Insya Allah, pihak pentadbiran Daerah Kota Tinggi akan sentiasa membantu kepada mereka yang menghadapi bencana dalam apa jua keadaan.

“Dengan bantuan ini, semua penerima sedikit sebanyak dapat menampung kerugian yang dihadapi ketika bencana banjir,” ujarnya Pegawai Daerah Kota Tinggi Ahmad Nazir Mohd Nasir di Dewan Raya Kampung Sungai Telor, di sini pagi tadi.

Seramai 108 orang menerima wang tunai berjumlah RM1,000 yang diuruskan oleh pihak sekretariat bencana daerah iaitu Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kota Tinggi (APM) dan Pejabat Daerah Kota Tinggi.

Penerima meliputi kawasan Kampung Semangga, Kampung Sungai Telor, Kampung Tersusun Sri Derlima dan Kampung Rantau Panjang.

Menurut salah seorang penerima Jamaliah Jalil, 56, beliau meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak yang terlibat di atas bantuan yang diberikan ini.

“Saya sangat menghargai semua pihak yang terlibat dalam pemberian bantuan ini.

“Alhamdulillah dengan bantuan ini bolehlah sedikit sebanyak saya menampung keperluan rumah,” ujarnya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Raja Rashidah Ismail, Pegawai APM Mohd Khairul Anuar Abd Karim serta penghulu-penghulu mukim.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda