Laporan/foto: Muhaimin Musa (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil memohon kerjasama semua warga Lembah Pantai untuk mendaftar dan mengemas kini data di sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
“PADU bertujuan untuk memastikan subsidi yang bakal diberi oleh kerajaan dapat dirasai oleh semua golongan yang berkelayakan.
“Dalam masa yang sama kaunter pendaftaran PADU juga dibuka untuk warga Lembah Pantai khususnya dan petugas daripada Jabatan Perangkaan juga turut serta dalam membantu warga Taman Sri Sentosa berkaitan PADU,” katanya.
Fahmi berkata demikian ketika berucap di Program Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Parlimen Lembah Pantai, di sini semalam.
Program kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Majlis Perwakilan Penduduk Parlimen Lembah Pantai di Tapak Pasar Pagi Taman Sri Sentosa, di sini diserikan dengan persembahan Pentarama Jabatan Penerangan selain tarian singa dan cabutan nombor bertuah.
Turut hadir Pengarah Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Muhammad Najmi Mustapha.
-ZS-