Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Jom Khatan!

By 19 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azrul Azham

JERANTUT, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 301 orang kanak-kanak dikhatankan sempena program Berkhatan Anak Pahang Peringkat Daerah Jerantut anjuran Kerajaan Negeri Pahang di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut, di sini hari ini.

Menurut Pegawai Kesihatan Daerah Jerantut Dr. Amir Faisal Datuk Mohd Khairi, Program Berkhatan Anak Pahang 2024 ini melibatkan usahasama Persatuan Pembantu Perubatan Negeri Pahang yang akan bertindak selaku mudim.

“Seramai 50 orang kakitangan perubatan yang terdiri daripada Pegawai Perubatan dan Penolong Pegawai Perubatan dari daerah Jerantut, Temerloh serta Lipis yang terlibat.

“Kesemua mudim mempunyai sijil Credential & Privileging (C&P) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan menjalankan teknik ‘Dorsal Slit’ mengikut Garis Panduan Berkhatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia,” ujarnnya.

Bagi meredakan ketakutan peserta dimandikan dengan pancutan air dari jentera bomba sebagai simbolik sebelum program bermuladan dipertontonkan dengan tayangan video sementara menunggu giliran untuk berkhatan.

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang Datuk Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda