Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Ingat LaWa Ingat Wanita

By 7 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Zarul Afify

JASIN, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Program Laman Wanita (LaWa) Negeri Bersejarah sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa Tahun 2024 telah diadakan di perkarangan Laman Wanita Jasin, kelmarin.

Program dan aktiviti ini dilaksanakan bertujuan untuk seseorang wanita mengenal pasti bakat dan potensi mereka yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Syukri, LaWa juga berperanan sebagai pusat setempat yang membolehkan wanita mewujudkan jaringan sosial dan pusat maklumat asas tentang pelbagai isu wanita.

“Dalam hal ini, saya percaya inisiatif LaWa dapat meningkatkan penyertaan wanita dalam ekonomi melalui penyediaan program kemahiran bagi membantu wanita menjana pendapatan untuk diri sendiri dan juga untuk keluarga.

“Antara program yang telah dianjurkan termasuk program kemahiran industri makanan seperti produk pastri, penghasilan biskut dan kuih tradisional, seni jahitan pakaian serta jahitan kreatif yang juga membantu peserta menjana pendapatan,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda