Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

JSPT KL Laksana Kempen Op Selamat 21

By 9 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Norfaizah Adnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Malaysiaaktif) – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) telah melancarkan Kempen Op Selamat 21 sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 bermula semalam hingga 13 Februari ini.

Timbalan Ketua JSPT KL Supt. Suffian Abdullah telah turun padang mengadakan jelajah mesra di Jalan Petaling atau lebih dikenali sebagai Petaling Street yang juga merupakan salah satu lokasi tumpuan di ibu kota yang sentiasa dibanjiri orang ramai khususnya pelancong.

Di samping meninjau kawalan lalu lintas, Suffian juga mengedarkan cenderahati kepada pengguna jalan raya dan masyarakat setempat termasuk pelancong sambil menasihati mereka agar sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah semasa perjalanan serta mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan bersama.

JSPT KL akan memastikan kawalan laluli ntas di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur dapat diatasi dengan sebaik mungkin dengan memberikan tumpuan kepada enam (6) kesalahan utama pada Op Selamat kali ini.

Pada masa yang sama, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid juga menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih cakna tentang aspek keselamatan kenderaan.

“Orang ramai perlu memastikan kediaman dikunci dan diyakini selamat untuk ditinggalkan sebelum perjalanan pulang ke kampung dan memberi pemakluman kepada balai berhampiran atau melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP),” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda