Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Santuni Masyarakat DUN Pengkalan Batu Melalui Hari Bertemu Rakyat

By 9 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

PENGKALAN BATU, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Mengambil pendekatan melalui inisiatif bersemuka dengan masyarakat setempat menjadi objektif utama penganjuran Hari Bertemu Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu di Jawatankuasa Pembangunan Dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Pengkalan Batu, di sini kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Komuniti Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Kalsom Noordin, berkata program diadakan bagi pihak JAPERUN bagi mengenal pasti permasalahan serta aduan orang ramai terutama bagi DUN Pengkalan Batu, mengenai isu setempat yang masih lagi belum selesai.

“Melalui program ini, pihak kami telah menerima hampir 500 aduan dan kebanyakkannya telah diluluskan sementara menunggu masa untuk proses kerja-kerja dimulakan.

“Terima kasih kepada agensi-agensi kerajaan mahupun swasta yang sudi membantu turun padang, bersama menyelesaikan aduan ini di samping menjadikan program ini sebagai medan untuk rakyat memohon bantuan secara terus tanpa melalui pelbagai prosedur, ” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda