Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Operasi Selamat 21 PDRM Sempena Sambutan Tahun Baru Cina

By 2 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Marianne Inya Thomas

KUCHING 9 Feb (Malaysiaaktif) – Operasi Selamat 21 selama enam hari oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak sempena sambutan Tahun Baru Cina telah bermula semalam sehingga 13 Februari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata semasa melancarkan Operasi Selamat 21 dan Program Advokasi, Pemantauan dan Penguatkuasaan Undang-Undang di sini semalam, berkata tumpuan Ops Selamat 21 adalah di Jalan Persekutuan, Jalan Negeri dan Jalan Bandaran.

“Jumlah kemalangan jalan raya di Sarawak terus meningkat sebanyak 9.8 peratus dari tempoh Januari hingga Disember 2023 berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 21,418 kes berbanding 19,507 kes bagi tempoh sama tahun 2022.

“Kawasan perairan juga akan diberi tumpuan dengan menggerakkan polis marin untuk memantau pergerakkan di kawasan perairan,” katanya.

Katanya lagi, salah satu faktor menyebabkan berlakunya kemalangan adalah berpunca daripada sikap pemandu atau pengguna jalan raya itu sendiri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda