Laporan/foto: Anuar Che Amat
SANGLANG, 25 Feb (Malaysiaaktif) – Masjid Darussalam Kampung Padang Keria, di sini telah menganjurkan acara pertandingan bola sepak lima sebelah dengan nama rasminya Pesta Bola Padang Keria 2024 (Lima Sebelah).
Menurut ahli jawankuasa masjid, Ghani Arafat Abd Wahab, secara umumnya masjid selalunya banyak menganjurkan acara-acara atau program yang berunsur keagamaan sahaja dan amat jarang menganjurkan program sukan atau yang bersifat rekreasi.
“Maka, Biro Pemuda kami telah mengambil langkah berani untuk menganjurkan acara pertandingan bola sepak lima sebelah di kawasan bendang kering ini dengan objektif utama adalah menjadikan sesuatu masjid itu menjadi lebih banyak fungsinya.
“Masjid sepatutnya menjadi tempat pelbagai acara, contohnya bersukan, riadah dan berkarya, diimarahkan dengan pelbagai lapisan umur dan pelbagai kecenderungan (dalam kerangka patuh syariah),” ujarnya.
Ppasukan OnDeway FC telah berjaya mencatat sejarah sebagai johan daripada 16 pasukan yang menyertai dan membawa pulang wang tunai RM500.
“Insya-Allah, dengan sambutan yang agak hangat untuk program sulung ini, pihak Masjid Darussalam Kampung Padang Keria berhajat untuk menganjurkan lagi pada tahun hadapan dan akan menambah baik lagi segala kekurangan pada penganjuran kali pertama ini,” katanya.
-ZS-