Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Kempen Kesedaran Autisme Bantu Buka Mata Masyarakat

By 7 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Kempen Hari Kesedaran Autisme 2024 telah berlangsung di Mesra Mall bermula semalam hingga 8 Februari ini.

Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) berkolaborasi bersama Mesra Mall sebagai medium untuk memberi kesedaran dan penerimaan masyarakat terhadap golongan autisme untuk menjalani kehidupan seperti insan yang normal.

Penyelaras NASOM Kerteh Nik Farizan Nik Abd Aziz, 31, berkata NASOM sebenarnya merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang menjalankan kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat.

“Peranan NASOM memberi perkhidmatan pendidikan khas sebagai persediaan sebelum kanak-kanak autisme mengikuti pembelajaran secara formal di alam persekolahan,” katanya semalam.

Pelbagai program dianjurkan untuk memberi kesedaran dan membuka luas penerimaan masyarakat terhadap golongan ini agar dapat menjalani kehidupan tanpa sebarang halangan.

Ibu bapa dan guru-guru bekerjasama turun padang mengumpul dana untuk disumbangkan kepada NASOM Kerteh untuk memberi khidmat yang terbaik kepada anak-anak istimewa ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda