Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurMAWilayah Persekutuan

Kursus AI, Teknologi Baharu Perlu Diberi Perhatian

By 21 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Hari IPPTAR

Laporan/Foto: Hisham Salleh/KK

KUALA LUMPUR, 21 Feb 2024 (MalaysiaAktif) – Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) perlu bergerak seiring dengan perubahan teknologi agar kekal menjadi pilihan kepada pemegang taruh yang mengikuti kursus kendalian institut itu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata, kursus berkaitan kecerdasan buatan (AI) merupakan salah satu modul yang perlu diberikan perhatian, terutamanya yang melibatkan aspek reka grafik, penerbitan dan penyiaran.

ā€œKomunikasi kini adalah saluran semua arah dalam pelbagai bentuk, maka latihan IPPTAR perlu sediakan seharusnya bergerak bersama zaman kerana ada perubahanā€¦ jadi kita mulakan dengan AI,” jelas beliau semasa merasmikan Hari bersama IPPTAR 2024 di Angkasapuri Kota Media, semalam.

Dalam majlis yang sama, Fahmi turut melancarkan e-Buku Panduan Pelapor Mobile Journalism (MOJO) MADANI, yang bertindak sebagai garis panduan kepada pengamal media profesional, termasuk wartawan warga (citizen journalist) bagi pelaporan yang pantas, sahih serta benar.

Buku tersebut boleh dimuat turun secara percuma menerusi pautan www.ipptar.gov.my/images/flipbook/Buku_MOJO/

-HS-

 

Tinggalkan komen anda