Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Perusahaan Keropok Kak Tie Dapat Perhatian Menteri KUSKOP

By 21 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amiruddin Ishak/Shuhaimi Ahmad (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 21 Feb (Malaysiaaktif) – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick, mengadakan lawatan ke perusahaan keropok Kak Tie di Hiliran, di sini semalam.

Beliau yang diiringi oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Zamri Salleh, meluangkan masa melawat dan melihat proses membuat keropok lekor yang diusahakan oleh usahawan wanita Hayati Mat Zin, 56.

“Saya memulakan perniagaan ini kira-kira dua tahun lalu dan telah mendapat pinjaman modal sebanyak RM45,000 daripada Amanah Ikthiar Malaysia (AIM).

“Terima kasih diucapkan kepada AIM kerana menyediakan sokongan kewangan bagi memulakan perniagaan ini serta sahabat AIM yang membantu dalam mempromosikan Keropok Kak Tie,” ujarnya.

Sehingga kini, Keropok Kak Tie mempunyai dua buah cawangan iaitu di Hiliran dan di Jalan Sultan Zainal Abidin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda