Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Lawatan Muhibah Eratkan Ukhwah Thailand-Baling

By 14 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Amran Mohamad Kamis (Baling)

BALING, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Persatuan Anak Rantau Baling semalam mengambil inisiatif dengan mengadakan Majlis Makan Malam bagi meraikan delegasi Thailand ke daerah Baling yang berlangsung di Baling Inn, di sini kelmarin.

Delegasi yang diketuai oleh Pegawai Daerah Kabang, Yala, Thailand, Amran Bakar telah disambut meriah oleh Pegawai Daerah Baling Datuk Abdul Ghafar Yahya serta Ketua Jabatan Daerah Baling.

Menurut Abdul Ghafar, pihaknya sangat menghargai delegasi dari negara Gajah Perang itu yang memilih Baling sebagai daerah pertama di negeri Kedah untuk kunjungan hormat tersebut.

Pertemuan berlangsung selama empat jam itu memberi ruang dan peluang untuk membincangkan isu-isu berkaitan aspek-aspek pelancongan terutamanya yang membawa manfaat di antara Thailand dan Baling.

“Sejajar dengan kunjungan hormat ini, hubungan diplomasi antara Thailang-Baling dapat diperkukuhkan dan kerjasama yang erat mampu dijalinkan dalam memastikan sektor pelancong Thailand-Baling terus berkembang dan memberi manfaat kepada penduduk setempat,” katanya.

Sementara itu, Azizan Talib, 55, dari Tanjung Pari, di sini, berkata, beliau sangat teruja kehadiran delegasi Thailand ke daerah Baling kerana memberi persepsi indah bahawa Baling adalah sebuah daerah yang berpotensi untuk dimajukan bagi menarik pelancong luar.

“Saya berharap acara seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan dengan cadangan agar melibatkan pelbagai jabatan dan agensi di daerah Baling,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda