Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Dua Korban Nahas Pesawat Terhempas Klang Dihantar ke HTAR

By 14 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norshazila Ahmad (Selangor)

KLANG, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Polis Selangor mengesahkan dua mangsa terkorban warga tempatan ditemui di bahagian kokpit yang terbenam lebih dua meter dalam tanah.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, kedua-dua mangsa ditemukan berada di dalam kokpit pesawat yang terbenam kira-kira dua meter di dalam tanah.

“Seorang juruterbang berumur 30-an dan seorang lagi pembantu juruterbang berusia awal 40-an.

“Kedua-dua mangsa akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat dan seterusnya proses pengecaman sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian petang semalam.

Mangsa yang terlibat adalah Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan Roshaan Singh Raina, 42.

Mayat kedua-dua mangsa yang terlibat telah berjaya dibawa keluar dari bangkai pesawat ringan kira-kira pukul 7.55 malam tadi.

Kedua-dua mayat itu dibawa menaiki trak Polis Diraja Malaysia yang berasingan dan  dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda