Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Masyarakat Kuala Pilah Saling Bermuafakat Tanpa Sengketa

By 23 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan (Kuala Pilah)/Norhayati
Abdullah (KRT Dangi)

KUALA PILAH, 23 Feb (Malaysiaaktif) – Cogankata Bersih Muafakat Sejahtera menunjukkan bahawa masyarakat majmuk di Malaysia, khususnya di Kuala Pilah boleh hidup aman dan sejahtera tanpa sengketa.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Adnan Abu Hasan, semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia boleh ditunjukkan kepada negara luar, bahawa walaupun terdapat pelbagai kaum, tetapi masih lagi boleh menikmati kemakmuran yang sukar untuk didapati di negara lain.

“Daerah Kuala Pilah dinobatkan sebagai salah satu Bandar Paling Bahagia berdasarkan Indeks Kebahagiaan 2020 yang dinilai oleh Jabatan Plan Malaysia, memberikan satu impak yang positif untuk menarik minat pelancong datang dan melihat kerindahan dan keunikan Negeri Sembilan, terutamanya adat Perpatih yang diamalkan, khususnya di Kuala Pilah,” katanya semasa berucap di Majlis Sambutan Tahun Baru bersama komuniti Cina di Johol, dekat sini semalam.

Katanya lagi, seiring dengan Kerajaan Perpaduan sekarang, konteks perpaduan dan kesepakatan di dalam mentadbir negara dilihat mampu untuk memacu kesejahteraan dan kestabilan ekonomi dalam negara ke arah masyarakat yang bertamadun tanpa sengketa.

Seramai 260 turut menerima angpau pada majlis tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda