Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Menu ‘English’ Setaraf Hotel, Harga Rahmah

By 23 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rose Ryqal/Sidah Musa (Klang)

KLANG, 23 Feb (Malaysiaaktif) – Kafe Salim telah tular sejak setahun yang lalu apabila pengunjungnya menikmati selera menu ‘English Breakfast’ yang kualitinya setaraf hotel lima bintang namun harganya murah.

Kafe yang terletak di Jalan Cempaka, Meru itu sentiasa dipenuhi pelanggan dengan barisan beratur yang panjang dan kenderaan parkir di bahu-bahu jalan.

Menurut pemilik cafe, Salim Bahri,65, beliau tidak menyangka usahanya menerima sambutan menggalakkan hingga menarik perhatian pihak media tempatan dan antarabangsa.

“Secara purata, pengunjung yang datang anggaran 1,000 orang setiap pagi hingga pukul 1.00 petang,” katanya di sini semalam yang merupakan bekas jurumasak peribadi kerabat diraja Arab Saudi, Almarhum Putera Turki bin Abdul Aziz.

Salim yang berpengalaman 30 tahun sebagai tukang masak memasak sendiri menu di kedai sambil dibantu isterinya.

Menariknya, Salim bertanyakan sendiri kepada setiap pelanggan mengenai kualiti makanan yang dihidangkan.

Seorang pelanggan, Azura Mohd Toha, 40, berkata menu yang dihidangkan sedap walaupun pertama kali menikmatinya.

“Saya pertama kali  datang di sini setelah tular tentang kafe ini sehingga timbul keinginan mencuba menu barat,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda