Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

‘Oh Mer Chey Chey Coffee & Pastry’ Gamit Penggemar Kopi dan Pastri

By 23 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maherah Marina Mahusein/Nik Nor Fatin Fatihah Nik Hasri (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 23 Feb (Malaysiaaktif) – Penggemar kopi di seluruh pelusuk Terengganu membanjiri Taman Tamadun Islam (TTI) sempena penganjuran ‘Festival Oh Mer Chey Chey Coffee & Pastry’ yang bermula hari ini.

Program untuk seisi keluarga itu diadakan selama tiga hari dan disertai lebih 30 pengusaha kopi serta pastri terkenal yang menjadi kegemaran golongan muda hari ini.

Menurut pengusaha Kopi Jemaah Muhammad Zalfikri Mat Ghani, 27, program yang mendapat kerjasama penuh daripada pihak TTI ini membuka peluang kepada pengusaha kopi serta pastri tempatan di seluruh negeri ini untuk memperkenalkan produk mereka kepada pengunjung yang hadir.

“Pelbagai variasi rasa dan gaya persembahan kopi boleh dinikmati orang ramai disamping turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang diadakan seperti pertandingan menghias kek dan pertandingan video kreatif TikTok,” ujarnya.

Bagi pengusaha Kopi Camping Muhammad Syazwan Sobrie Muhammad Ridhwan, 27, dia sanggup datang jauh dari Kemaman membawa kelainan hidangan kopinya kepada orang ramai di sini.

“Acara sebegini sememangnya ditunggu-tunggu oleh pengusaha kopi seperti saya untuk mempromosi dan memasarkan produk ke peringkat yang lebih jauh lagi sekali gus lebih dikenali ramai,” kataya.

Pengusaha Rumah Kueh Norez, 37, turut mengalu-alu orang ramai ke gerai jualannya untuk merasai sendiri aneka jenis kuih seperti kek tapak kuda yang tular ketika ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda