Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

JelajahNat JaPen Perlis Santuni Masyarakat Kampung

By 9 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

MATA AYER, 9 Feb (Malaysiaaktif) – JelajahNat sebuah program santai menggunakan medium sosial media yang disiar secara langsung, adalah hasil inisiatif Jabatan Penerangan (JaPen) Perlis dalam mengambil peluang menyantuni penduduk kampung.

Semalam, aktiviti JelajahNat bagi siri keempat di Pasar Pagi Kampung Baroh, Santan telah diadakan bersama krew Info on Wheels JaPen Perlis.

Penolong Pengarah JaPen Noor Shameelawati Shaari, berkata inisiatif ini dilihat sangat baik bagi membantu komuniti kecil seperti komuniti kampung di sini dalam bertanya ataupun berkongsi tentang pandangan mereka.

“Penerangan program-program terkini seperti PADU dan apa sahaja yang diasaskan oleh Kerajaan Perpaduan serta Gagasan Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah lebih mudah penduduk kampung bertanya bagi mengelakkan kekeliruan.

“Selain itu, program sebegini sesuai diteruskan bagi membantu meningkatkan kesedaran masyarakat dan juga fahaman rakyat terhadap inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan,” ujarnya.

JelajahNat ini adalah inisiatif Pengarah JaPen Perlis sebagai sebuah medium santai bagi jabatan kerajaan, namun impaknya mampu mengeratkan jaringan komunikasi antara jabatan kerajaan dan masyarakat tempatan.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda