Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

PEDi Pemudah Cara Pengisian PADU

By 1 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Aniss Rahin/Yusof Bistamam (Perak Tengah)

PERAK TENGAH, 1 Feb (Malaysiaaktif) – Pembukaan kaunter fizikal sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bota terus menjadi pusat utama tumpuan orang ramai untuk membuat pendaftaran PADU.

Usaha ini disambut baik oleh penduduk sekitar dengan kerjasama erat daripada Jabatan Perangkaan (DOSM) Negeri Perak dalam menjayakan pendaftaran sistem ini.

Menurut Pengurus PEDi Bota Atiqah Alia Aznan, 29, kehadiran orang ramai ke PEDi bagi mendapatkan perkhidmatan pengemaskinian PADU ini sebagai tanda sokongan kukuh terhadap inisiatif kerajaan bagi meningkatkan kemajuan digital dalam komuniti seterusnya mencerminkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan pengisian PADU.

“PEDi Kluster Perak Tengah terdiri daripada enam buah PEDi iaitu PEDi Bota, PEDi Parit, PEDi Seri Iskandar, PEDi Kampung Gajah, PEDi Sungai Galah dan PEDi Air Kuning. Kesemua PEDi ini juga bekerjasama dengan pihak DOSM untuk melaksanakan proses pendaftaran PADU,” katanya ketika ditemui semalam.

Atiqah turut menyeru supaya penduduk daerah ini segera hadir ke PEDi berhampiran bagi mendapatkan perkhidmatan pengisian maklumat di sistem PADU sekiranya menghadapi masalah ketika melakukan proses tersebut.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda