Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pillihan Raya Kampus Beri Pengalaman Mengundi kepada Pelajar

By 22 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Yusmila Yusof (Sik)

SIK, 22 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 16 orang calon pelajar bertanding dalam Pillihan Raya Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti Sik, di sini semalam.

Pengarah Kolej Komuniti Sik, Zahrul Zakaria, berkata menerusi pillihan raya kampus ini diharap dapat mewujudkan semangat demokrasi pelajar bagi memilih pemimpin pelajar yang berwibawa dan mampu membawa perubahan kepimpinan ke arah membentuk jati diri yang tinggi.

“Di samping itu, pelajar juga berpeluang belajar tentang prosedur pemilihan melalui pengundian, terdedah kepada amalan berkempen dan yang paling penting berpeluang memilih pemimpin masing-masing secara bebas dan rahsia.

“Selain daripada itu, pelajar juga dapat belajar untuk menghormati pilihan undian calon majoriti jika pilihan sendiri mengalami kekalahan,” jelasnya yang ditemui di Kolej Komuniti Sik, di sini semalam.

Nur Eny Anis Fatihah Abdullah menang dengan kelebihan dua undian mengatasi pesaingnya bagi merebut jawatan Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti Sik Tahun 2024.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda