Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Tandas Awam MBPJ Menarik Perhatian

By 22 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hizami Hanip (Petaling)

PETALING, 22 Feb (Malaysiaaktif) – Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperuntukkan sebanyak RM150 juta untuk penyelenggaraan dan baik pulih tandas awam di seluruh negara.

Hasilnya Tandas Awam Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Seksyen 52, Petaling Jaya berubah wajah bersih dan indah serta dihiasi dengan pokok bunga setelah dibaik pulih.

Menurut Penjaga Tandas Awam, Siti Rahmah Mohd Tasim, 51, tandas yang berusia lebih 10 tahun ini, diubah suai bermula pada awal Disember tahun lalu dan selesai pada pertengahan Januari lalu.

“Saya amat gembira dan berpuas hati dengan kebersihan tandas yang telah dibaik pulih ini dan menjadi tanggungjawab saya memastikan kebersihan tandas ini sentiasa berada di dalam keadaan terbaik,” katanya yang telah berkhidmat selama 11 tahun.

Seorang pengguna, Nor Ain Hamzah, 48, berkata kedudukan tandas awam tersebut yang berada di kawasan yang sibuk sangat membantu bagi orang ramai sepertinya untuk menggunakan kemudahan tersebut, malah berasa gembira kerana dapat menggunakannya dalam keadaan yang selesa dan percuma.

Tandas Awam tersebut beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga jam 6.00 petang pada hari Isnin hingga Sabtu mempunyai ruang tandas lelaki dan wanita serta tandas orang kurang upaya (OKU).

-ZS-

Tinggalkan komen anda