Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Tuanku Hajah Haminah Berkenan Mengurniakan Sumbangan kepada Anak-Anak Yatim Daerah Yan

By 22 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fauziah Abdul Wahab/Muhammad Fathi Yakan Ahmad Fukrazi

YAN, 22 Feb (Malaysiaaktif) – Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH)  dengan kerjasama Yayasan Bank Rakyat turun padang bagi menyampaikan sumbangan persekolahan dan bantuan aidilfitri kepada 30 orang anak-anak yatim dari lima mukim di daerah Yan, di sini pagi tadi.

Kesemua mereka menerima sumbangan berupa pakaian sekolah, beg sekolah, wang tunai dan hamper yang disampaikan sendiri oleh Yang Maha Mulia (YMM) Che Puan Besar Hajah Haminah yang juga merupakan Penaung Diraja kepada YAYSH .

Pegawai Daerah Yan, Maznim Ismail dalam ucapannya, berharap sumbangan ini mampu meringankan beban kewangan dan juga membawa keceriaan kepada anak-anak untuk kembali ke sekolah.

“Usaha murni dan khidmat bakti yang dianjurkan oleh YAYSH ini wajar dicontohi oleh pihak lain dalam membantu mereka yang memerlukan,” ujarnya.

Dalam majlis tersebut, Che Puan Besar Kedah sempat beramah mesra bersama anak-anak yatim dan menasihatkan para penerima sumbangan supaya belajar dengan bersungguh-sungguh agar beroleh kejayaan dalam pelajaran.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda