Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Wacana Ilmu Tingkatkan Literasi Digital Warga Labuan

By 20 Februari 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Program Wacana Ilmu sempena 50 tahun Wilayah Persekutuan dengan tema: Komuniti Digital Pemangkin Masyarakat MADANI mampu meningkatkan literasi digital dan seterusnya melahirkan pekerja mahir dalam kalangan warga Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa program itu juga membuka peluang kerjaya anak-anak Labuan dalam perdagangan dan industri.

“Usaha ini adalah selari dengan keperluan global Industri Revolusi 4.0 masa kini yang menekankan kepada teknologi dan inovasi selain menyediakan platform untuk berbincang dan berkongsi idea, membolehkan peserta melibatkan diri dalam dialog konstruktif dan memperluaskan rangkaian profesional mereka.

“Dengan cara ini, peserta bukan sahaja mendapat manfaat secara individu, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Wilayah Persekutuan Labuan secara keseluruhan,” katanya semasa berucap pada program itu di sini semalam.

Beliau turut berharap agar program itu dapat melahirkan masyarakat Labuan yang celik IT disamping menjadi tanda aras kepada pelaksanaan ekonomi digital MADANI di negara ini.

“Perkongsian ilmu daripada panel yang turut merangkumi aspek pemasaran digital juga sedikit sebanyak dapat memberi panduan kepada peniaga yang berpotensi dalam melonjakkan perniagaan mereka.

“Malaysia MADANI memerlukan generasi peneraju berpendidikan agar setanding dengan negara maju yang menjadikan elemen kreativiti dan inovasi sebagai elemen penting dalam berhadapan dengan cabaran pergolakan, ketidakpastian, kompleks dan kekaburan (vuca),” jelasnya.

Pada majlis itu Zaliha turut melakukan prapelancaran MADANI Wallet yang merupakan sebuah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh Bursa Digital Labuan bagi membolehkan golongan B40 di Labuan menjana pendapatan tambahan dalam bentuk aset digital yang dikenali sebagai RAMZ (token sekuriti).

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda