Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Ukhwah dan Keharmonian Nilai-Nilai Kebersamaan dapat Dirasai

By 20 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Anizan Mat Daud/Al Aminur Rasyid Al Zukefly (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 20 orang peserta khatan kanak-kanak diraikan bersama ibu bapa penjaga masing-masing di Majlis Khatan Perdana Peringkat Kampung Chengal, Kadok, Ketereh anjuran bersama Kawasan Rukun Tetangga kampung Chengal dan Pertubuhan Kebajikan Insan Kuala Lumpur dan Selangor (PEKERTI) dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Kota Bharu.

Menurut Presiden PEKERTI Yusri Haji Maimun, program ini merupakan program julung kalinya diadakan di sini yang mana sebenarnya pertubuhan ini cukup aktif bergerak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

“Ukhwah dan keharmonian di samping nilai-nilai kebersamaan, tolong menolong jelas terasa jika anak-anak masyarakat desa diraikan sebegini.

Ïnilah tanggungjawab kami, memberikan khidmat bantuan dan mencari saluran sewajarnya dalam membantu masyarakat desa khasnya,” katanya semalam.

Adik Nik Adam Zakia Nik Muhd Zulmi, 9, dari desa Kampung But, melonjak kegembiraan dan berterima kasih kerana diraikan sebegitu istimewa dalam program kali ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan Muhd Nor Aswadi Md.Nor merangkap Pengerusi Kumpulan Rukun Tetangga Kampung Chengal, Kadok.

-ZS-

Tinggalkan komen anda