Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

150 Terima Bantuan Asnaf dan Fakir Miskin Daerah Rembau Sempena Aidilfitri

By 25 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 150 penerima asnaf dan fakir miskin dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chembong dan DUN Kota menerima bantuan hari raya Aidilfitri oleh Tuan Zamri Md Esa, Pegawai Daerah Rembau yang mewakili Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia (YTM) Dato’ Undang Luak Rembau, di sini hari ini.

Pada tahun sebanyak 12 masjid diberikan peluang untuk memilih asnaf dan fakir miskin untuk diberikan sumbangan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Rembau melalui Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan.

Menurut Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Zainal Said, asnaf dan fakir miskin terpilih menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 hingga RM700 melalui kaedah dikreditkan ke akuan bank penerima.

“Mereka turut diberikan bantuan bulanan barangan keperluan dapur melalui kedai-kedai yang dilantik oleh pihak JHEAINS Rembau.

“Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapat digunakan untuk menyambut hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda