Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Ahli Lembaga Pelawat Hospital Setiu Santuni Pesakit di Bulan Ramadan

By 26 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nik Awang Yaacob (Setiu)

SETIU, 26 Mac (Malaysiaaktif) – Ahli Lembaga Pelawat Hospital Setiu (ALPH) menyantuni pesakit di hospital itu sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihak berkenaan sempena program Agihan Kurma Ramadan, di sini kelmarin.

Pengerusi ALPH Hospital Setiu Amran Mohamad, berkata sebanyak 110 kotak kurma dan pelitup muka sumbangan ALPH dan kakitangan Hospital Setiu telah diagihkan kepada pesakit-pesakit yang dirawat di wad hospital.

“Sumbangan ini diberikan sebagai tanda ingatan daripada pihak ALPH dan diharapkan dapat memberi kegembiraan kepada pesakit-pesakit di bulan yang berkah ini. Didoakan juga mereka kembali sihat seperti sedia kala untuk menjalani ibadah puasa,” ujarnya.

Salah seorang penerima sumbangan Nor Masliza Sidek, 50, dari Kampung Pak Kancil meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas sumbangan tersebut.

Turut serta mengagihkan sumbangan ialah Pengerusi Penyelaras Pakatan Harapan Wan Rahim Wan Hamzah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda