Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Bubur Lambuk Pengukuh Perpaduan Masyarakat

By 26 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto oleh: Mohd Suhaidi Mat Jusoh

PASIR MAS, 26 Mac (Malaysiaaktif) – Agihan dan program memasak bubur lambuk sempena program Gerak Rahmah 2024: Program Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan anjuran Kementerian Perpaduan Negara mendapat sambutan 20 Persatuan Rukun Tetangga (KRT) di sekitar daerah Pasir Mas dan Rantau Panjang.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Mohd Fardhi Ahmad, berkata program ini dilaksanakan bertujuan meningkatkan keaktifan dan keberkesanan KRT sebagai agen penggerak dan penjalin hubungan dalam program di peringkat komuniti.

“Program sama juga turut dilaksanakan secara berperingkat iaitu di peringkat pusat, negeri dan komuniti bagi mengeratkan lagi hubungan di antara masyarakat setempat tanpa mengira agama dan bangsa.

Pengerusi KRT Kangkong Haji Zainuddin Othman, 67, menyambut baik saranan JPNIN dan melihat KRT berfungsi sebagai penggerak kepada keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat di sesebuah kawasan.

Ketua Jiran Wanita KRT Kangkong merangkap ketua tukang masak bubur lambuk, Hasnah Wahab, 67, berkata bubur lambuk yang dimasak mengambil masa selama empat jam dan resepi yang digunakan adalah dari generasi turun-temurun.

Program Gerak Rahmah 2024: Program Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Peringkat Negeri Kelantan ini telah diadakan di Dataran KADA, Kampung Lati Pasir Mas dihadiri hampir 300 masyarakat setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda