Laporan/foto : Abassalimi Mohamad (Kluang)
KLUANG, 9 Mac (MalaysiaAktif) – Trans Mount Lambak Trail 2024 (TMLT2024) yang buat julung kalinya diadakan penganjurnya di Gunung Lambak, Hutan Simpan Renggam, Kluang telah berjaya menarik seramai 270 peserta dari dalam dan luar negara.
Cabaran yang mmemerlukan daya tahan diri mental dan fizika ini telah menarik minat penyertaan dari pelbagai negara antaranya dari Singapura, Portugal, Filipina, China dan Indonesia.
Acara pelepasan (flag-off) TMTL2024 yang telah bermula pada jam 4:00 pagi itu telah dibahagikan kepada 5 kategori iaitu terbuka lelaki dan wanita, terbuka vateran lelaki dan wanita dan terbuka duo.
Setiap peserta perlu menghabiskan 5 pusingan yang berjarak sejauh 5 km pada setiap satu pusingan sebelum layak untuk meneruskan cabaran 12 jam dan antara kategori lain yang dipertandingkan seperti cabaran 6 jam dan cabaran 8 km.
Diana Abd Rahman, 42 seorang peserta dari Putrajaya berkata, setiap peserta perlu bersedia dalam cabaran yang dihadapi kerana ia memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang kuat agar tidak putus asa.
“Penganjuran seperti ini wajar diadakan pada setiap tahun dan ia perlu dimasukan dalam kalendar daerah Kluang sebagai salah satu acara yang dapat menarik minat peserta dari dalam dan luar negara,” katanya lagi.
Perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Sharil Nizam bin Abdul Rahim Pengarah Tourism Negeri Johor, di mana pemenang utama kategori cabaran 12 jam dimenangi oleh peserta dari nagara China.
Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang Azurawati Wahid Yang, Pentadbir Tanah Daerah Kluang Mustafa Kamal Abdullah dan Pengarah Perhutanan Negeri Johor Datuk Salim Aman.
-ZS-