Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahJohor

JENDELA: Tujuh Menara Telekomunikasi Baharu dibina di Segamat

By 11 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Shah Hood (Johor Bahru)

SEGAMAT, 10 Mac (MalaysiaAktif) – Sebanyak tujuh menara telekomunikasi baharu yang dirancang melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) akan meningkatkan capaian liputan jalur lebar selular di Parlimen Segamat.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, berkata sehingga kini lima buah menara pemancar telah siap dibina dan yang terkini adalah menara pemancar di Kampung Krishna, Jementah yang telah siap beroperasi sejak Februari yang lalu.

“Dua lagi menara akan dibina di Kampung Sengkang Legeh dan Kampung Gelang Chinchin di Segamat yang dijangka siap pada tahun ini.

“Diharapkan isu capaian jalur lebar selular di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jementah dan DUN Buloh Kasap dalam kawasan Parlimen Segamat akan dapat diselesaikan,” katanya selepas mengikuti sesi Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular sempena lawatan kerja beliau, di sini, semalam.

Sementara itu, Nie Ching berkata, dalam usaha untuk mencapai kadar liputan jalur lebar selular 100 peratus di negeri Johor, sebanyak 287 buah pemancar akan dibina dan 4,701 pemancar telah dinaik taraf dibawah projek JENDELA.

“Setakat suku keempat 2023, sebanyak 182 menara baharu telah siap dan selebihnya akan dijangka siap pada tahun 2025,” katanya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Segamat Yuneswaran Ramaraj, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jementah Ng Kor Sim, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Johor Mohamad Rizal Ahmad dan Pengarah Penerangan Negeri Johor Saiful Hisham Mansor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda